Khamis, 27 September 2012

Pastikan baby dalam perut brada keadaan yang selamat

Assalamualaikum. . . Si sini saya nak cerita sikit tentang perihal saya. Saya sekarang tengah mengandung anak yang pertama so masalah sy mengenai pergerakan baby dlm tempoh brapa jam harus dikira dah mcm mana dikira. Skg ni sy telah masuk wad atas sebb rasa tidak yakin dgn pergerakkan baby dalam perut. Alhamdulilah saya amat berpuas hati dengan pihak hospital bersalin pulau pinang masa sekarang ini. Diorg mmg check n menitik beratkan smua hal. Dia orang akan check jantung baby n scan baby sekerap yg bole utk memastikan baby dlm keadaan yg selamt. Walaupun kita tak suka masuk wad tapi sy telah mendapat satu kepuasan dan kepastian yang baby saya berada dlm keadaan yg selamat dlm tempoh 36 minggu ni. . . Insyaallah. . . So utk yang 1st time jd ibu ni bila doktor atau nurse suruh catat pergerakkan baby tolong buat jika tidak faham kena tanya dah fahami. Caranya jika bermula dr pukul 9pagi dan akan berakhir 9mlm so kira gerak baby smp 10 pergerakan. Tiap jam tanda brapa pergerakannya. Lakukan tiap pergerakannya stiap hari. Nasihat saya disini jika ada apa2 masalah jgn takut utk refer terus ke hospital sbb kita tidak tahu apa yang berlaku. Walaupun hanya semalam tidak bergerak dan keesokkan harinya baru nak bertindak kesannya mmg tidak dijangka. Sy harap perkara tu tidak berlaku pada sy.. .  Amin. . .

Tiada ulasan:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama