Assalamualaikum. . .
Skg ni tgh tunggu masa nak melahirkan cahaya hati yg akn menemaniku nanti. Hatiku mmg rasa seronok sekali utk dpt cahaya hati, skg ni aku hanya menanti kelahirannya. Moga ank ku sihat brada dlm rahim ku ini. Nampaknya kehadirannya sangat dinantikan oleh ahli keluarga dan kenalanku. Syg ku padanya tak terhingga. Menitis airmata tiap kali menyatakan 'mak minta maaf' sbb selepas dia dilahirkan dia hanya akn ada aku disisinya. Hanya pangilan mama akn disebut. . . Aku cuba pujuk dia dari dlm rahim ku lagi agar dia faham dgn situasi ku moga ank ku yng bakal dilahirkan nanti menjadi anak yg kuat seperti nama yg akan ku beri nanti. Kekuatan utk dirinya dan juga aku moga aku akn melahirkan ank yg yg punya ciri-ciri islam. Tak mengikut jejak ku atau bekas suami ku biarlah di lahirkan dgn akhlak yg mulia moga dia akn dilindungi oleh allah swt. Kehadirannya amat bermakna utk aku. Moga aku berjaya mendidik ank aku sebaik mungkin walaupun aku jahil tapi tuntutan dlm islam utk memberi didikan tidak akn ku biarkan. Walaupun kemudian hari dia tidak dpt kasih sayang dr seorg ayah, insyaallah dia akan dpt kasih sayang lbh dr itu. Disaat ini dia berada dlm rahim ku sudah ada yang menyayanginya dan rezeki utknya cukup murah moga dia sentiasa dilindungi dr panahan syaitan dan sebagainya. Dan begitu juga aku moga tuhan memberi aku hidayah utk menjadi seorng ibu yang baik, penyayang dan kasih. Dan menjadi ibu yang kuat utk hadapi sebarang kemungkinan... Sayangku. . .
Selasa, 16 Oktober 2012
Cahaya Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan